Free Tonton Resipi Magis Bonda

 

Jangan ketinggalan menonton telefilem Resipi Magis Bonda yang dibintangi Eyka Farhana pada Khamis, 26 Mac 2026, jam 10.00 pagi di Astro Ria. Ia juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Maklumat Telefilem:
Resipi Magis Bonda akan bersiaran pada Khamis, 26 Mac 2026, pukul 10.00 pagi di Astro Ria (saluran 104) serta di platform penstriman Astro GO dan sooka. Telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Barisan pelakon termasuk Eyka Farhana, Aniq Suhair, Jasper Supayah, Sera Melissa, dan Catriona Ross.

Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan Alia, seorang pembuat kek moden yang berdepan masalah dalam perniagaannya lalu pulang ke kampung untuk mencari resipi kuih peninggalan arwah ibunya. Namun, dia menyedari bahawa penyediaan kuih tradisional Melayu bukan sekadar mengikut langkah dalam resipi, tetapi memerlukan sentuhan jiwa dan keikhlasan rasa.

Posting Komentar