Free Tonton Bubur Lambuk Bahulu Bakar

 

Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Bubur Lambuk Bahulu Bakar arahan Zizan Nin yang akan ditayangkan pada Rabu, 25 Mac 2026, jam 9.00 malam di TV2 serta boleh distrim melalui RTMKlik.

Maklumat Telefilem:
Bubur Lambuk Bahulu Bakar akan bersiaran pada Rabu, 25 Mac 2026, pukul 9.00 malam menerusi TV2 dan RTMKlik. Skripnya ditulis oleh Azal Ezreen, diarahkan oleh Zizan Nin, dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat ialah Mak Wan, Rashid Jaafar, Aryana Amani, dan Fathul Alias.

Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan Fikri dan Wani yang terpaksa ke luar negara atas urusan kerja, namun mereka gagal mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka, Fifi dan Mika. Akhirnya, Fikri mengambil keputusan untuk meminta bantuan ibu bapanya menjaga cucu-cucu tersebut di kampung.

Namun, kehadiran Fifi dan Mika tidak begitu disenangi oleh Opah, berbeza dengan Atuk yang sangat memanjakan mereka. Persoalannya, apakah sebab Opah berasa kurang selesa dengan kehadiran kedua-dua cucunya itu?

Posting Komentar