Drama bersiri terbaharu Bisik Asmara bakal menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 bermula 21 Januari 2026, disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Selain siaran televisyen, episod terbaharu juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas tayangan di TV.
Drama ini merangkumi 20 episod, diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jamal Khan, dengan barisan pelakon utama terdiri daripada Zul Ariffin, Sophia AlBarakbah dan Uqasha Senrose.
Maklumat Drama
Judul: Bisik Asmara
Jumlah Episod: 20
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Saluran: Samarinda TV3
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Zakinah Ab Zarith
Pengarah: Jamal Khan
Penerbit: Saphire Screen Sdn Bhd
Senarai Pelakon & Watak
-
Zul Ariffin sebagai Farhan
-
Sophia AlBarakbah sebagai Sheila
-
Uqasha Senrose sebagai Noreen
-
Ruminah Sidek sebagai Umi
-
Nadia Brian sebagai Aida
-
Wanns Ahmad sebagai Nizam
-
Aleza Shadan sebagai Puan Mahani
-
Arash Mohd sebagai Mustapha
-
Syazuwan Hassan sebagai Fikri
-
Nafiz Muaz sebagai Amirul
-
Amanda Misbun sebagai Nadia
-
Fadilah Mansor sebagai Mak Jah
-
Zaki Azeman sebagai Zhariff
-
Zahrin Aris sebagai Tuan Daniel
Lagu Tema (OST)
Judul: Rayu Hatiku
Penyanyi: Adira Suhaimi
Komposer & Penulis Lirik: Affan Mazlan
Sinopsis
Bisik Asmara mengangkat kisah Noreen (Uqasha Senrose), seorang wanita berdikari yang memiliki kerjaya stabil, namun menjalani kehidupan yang sunyi di sebalik kesempurnaan luaran. Rutinnya mula berubah apabila Farhan (Zul Ariffin), rakan sekerja yang berdepan masalah kediaman, memerlukan tempat tinggal sementara.
Farhan pula menjalani kehidupan rumah tangga jarak jauh bersama isterinya, Sheila (Sophia AlBarakbah), yang memilih untuk menetap di kampung bagi menjaga ibunya, Umi (Ruminah Sidek), seorang warga emas yang uzur dan menghidap demensia. Terhimpit antara tanggungjawab sebagai suami dan keperluan emosi diri, Farhan berada dalam dilema yang semakin meruncing.
Kedekatan Farhan dan Noreen sebagai jiran serta rakan sekerja perlahan-lahan menumbuhkan perasaan yang melampaui batas, bermula dengan rasa simpati dan akhirnya bertukar menjadi kebergantungan emosi. Tanpa disedari, hubungan yang pada awalnya polos berkembang menjadi ikatan rumit yang sarat dengan konflik dalaman, obsesi, dan pengkhianatan.
Dalam kekalutan perasaan itu, Sheila mula menyedari perubahan sikap suaminya, sekali gus mencetuskan konflik yang semakin memuncak. Keadaan ini memaksa setiap watak berdepan pilihan sukar yang bakal menentukan arah dan masa depan kehidupan mereka.

Posting Komentar