Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Antara Dua Takbir lakonan Nabila Huda dan Syarul Ezani yang akan ditayangkan pada Khamis, 26 Mac 2026, jam 3.00 petang di Astro Prima. Ia juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Maklumat Telefilem:
Antara Dua Takbir akan bersiaran pada Khamis, 26 Mac 2026, pukul 3.00 petang di Astro Prima (saluran 105) serta di platform Astro GO dan sooka. Idea asal karya ini adalah daripada Ausz Din, dengan skrip ditulis oleh Arshad Adam dan Masyuki Borhan. Telefilem ini turut diarahkan oleh Ausz Din dan diterbitkan oleh Directors Think Tank. Barisan pelakon termasuk Nabila Huda, Syarul Ezani, Aminah Rhapor, Megat Adli, Qiu Qatina, Anggunthia, Khai Sabri, Badrol Hisham, Shasha Fairus, Sara Sulaiman, Aroha Ibrahim, dan Nagu.
Lagu Tema (OST):
Lagu bertajuk Esok Kita Jumpa Lagi dinyanyikan oleh Aus et al.
Sinopsis:
Kisah ini berlatarbelakangkan malam sebelum Hari Raya di rumah Balqis dan Ilham yang bertukar menjadi penuh misteri apabila tetamu yang tidak diundang mula muncul satu demi satu.

Posting Komentar