Jangan lupa menonton telefilem Mentua Pujaan arahan Nizam Zakaria yang akan ditayangkan pada Sabtu, 21 Mac 2026, jam 3 petang di Astro Prima. Ia juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Maklumat Telefilem:
Mentua Pujaan akan bersiaran di Astro Prima (saluran 105) pada Sabtu, 21 Mac 2026, pukul 3.00 petang. Telefilem ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Antara pelakon utama ialah Nazim Othman, Sherry Alhadad, Nadia Brian, dan Jalaludin Hassan.
Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan seorang menantu yang perlu berhadapan dengan bapa mentuanya yang tegas dan berperwatakan seperti bekas kolonel. Dalam suasana kecoh menjelang Ramadan, hubungan mereka mula berubah apabila satu kejadian memalukan menjadi titik tolak kepada lahirnya persefahaman dan kasih sayang yang lebih tulus.
Irfan berusaha mencari cara untuk mencairkan hati bapa mentuanya demi memastikan sambutan Hari Raya berjalan dengan harmoni.

Posting Komentar