Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem Malam 3 Syukur terbitan Unit Drama TV RTM yang akan ditayangkan pada 1 Syawal, jam 9.00 malam di TV1 serta boleh distrim melalui RTMKlik.
Maklumat Telefilem:
Malam 3 Syukur akan bersiaran pada Sabtu, 21 Mac 2026, pukul 9.00 malam menerusi TV1 dan platform RTMKlik. Naskhah ini ditulis oleh Roydy Rokidy, diarahkan oleh Epo Jenon, dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Antara pelakon yang terlibat ialah Jay Iswazir, Azlan Kombos, Hafidzuddin, Sahrolnizam Noor, Datuk Hilal Azman, Wan Hanafi Su, Elizad Sharifuddin, serta Fazlina Ahmad Daud.
Sinopsis:
Kisah ini mengangkat watak Syukor yang sering merasa tidak cukup dalam hidupnya dan sukar untuk bersyukur. Dia mengabaikan isterinya, Saleha, serta dua anak mereka, Iman dan Cahaya, kerana terlalu mengejar sesuatu yang belum tentu menjadi rezekinya. Perasaan iri hati terhadap kehidupan orang lain membuatkan Syukor merasakan hidupnya tidak bahagia, malah dia mempersoalkan takdir kerana tidak pernah merasai kecukupan.
Pada malam tujuh likur, selepas menunaikan solat terawih, Syukor diberikan satu pengalaman luar biasa—dia berpeluang menjalani kehidupan dalam tubuh tiga lelaki lain di kampungnya: Mubarak sebagai seorang ayah, Yassin sebagai suami, dan Ramdan sebagai anak. Sebagai Mubarak, dia menjadi bapa tunggal yang bekerja keras siang dan malam demi menyara anak-anak tanpa pasangan. Sebagai Yassin pula, dia menjalani hidup sebagai suami yang sakit tetapi disayangi dan dijaga penuh kasih oleh keluarga. Manakala sebagai Ramdan, dia menjadi anak yang sangat taat kepada ibunya yang menghidap demensia.
Dalam masa yang sama, Syukor menyaksikan ketiga-tiga lelaki tersebut mengambil alih kehidupannya yang asal dan menikmati kebahagiaan bersama Saleha serta anak-anaknya. Ketika itulah Syukor mula menyedari bahawa kehidupannya sebelum ini sebenarnya lebih baik, dan dia mula merasa cemburu melihat orang lain mampu bahagia dalam peranan dirinya.

Posting Komentar