Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Dia Bukan Syurga Raya yang akan ditayangkan pada Sabtu, 21 Mac 2026, jam 10 pagi di Astro Ria. Ia juga boleh ditonton secara penstriman melalui Astro GO dan sooka.
Maklumat Telefilem:
Dia Bukan Syurga Raya akan bersiaran pada Sabtu, 21 Mac 2026, pukul 10.00 pagi di saluran Astro Ria. Penonton turut boleh menyaksikannya di platform Astro GO dan sooka. Telefilem ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.
Barisan Pelakon:
Ezzanie Jasny memegang watak Nuha, manakala Niezam Zaidi sebagai Tajul dan Shahz Jaszle sebagai Arham. Turut membintangi ialah Zizi Hazirah (Aina), Dato Tamimi Siregar (Haji Marwan), Dian P Ramlee (Hajah Fatim), Qazem Nor (Rushidi), Syazuwan Hassan (Norman), Sharul Kamal (Haikal), Lydiawati (Mona), Rahim Omar (Hashim), Anas Ridzuan (Faizal), serta Dayana Roza (Liza).
Sinopsis:
Telefilem ini merupakan spin-off kepada MegaDrama Dia Bukan Syurga yang mengisahkan konflik dua beradik, Tajul dan Arham, yang sama-sama jatuh cinta terhadap seorang wanita bernama Nuha. Demi menghalang hubungan tersebut, Tajul merancang untuk menggunakan ibunya, Mak Mona, bagi menggagalkan perkahwinan antara Arham dan Nuha.

Posting Komentar