Nantikan kemunculan siri mini Raya, Hilang Dalam Rindu 2 yang akan mula bersiaran dari Hari Raya pertama hingga Hari Raya kelima pada pukul 10.30 pagi di TV3. Penonton juga berpeluang menonton episod terbaharu 24 jam lebih awal melalui platform tonton.
Maklumat Drama:
Hilang Dalam Rindu 2 terdiri daripada 5 episod dan akan ditayangkan dari 1 hingga 5 Syawal 2026. Ia disiarkan setiap Sabtu hingga Rabu pada jam 10.30 pagi menerusi TV3 dan juga boleh distrim di tonton. Skrip ditulis oleh Rehal Nuharis, diarahkan oleh Along Kamaludin, dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Barisan Pelakon:
Jazmy Juma membawa watak Nadim Eijaz, manakala Tracie Sinidol melakonkan Aira Nadira. Turut membintangi ialah Zarif Ghazzi sebagai Sarip, Sera Melissa sebagai Nurul, Nina Smith sebagai Teha, Jalaludin Hassan sebagai Datuk Mukhriz, dan Shaharuddin Thamby sebagai Dato Ehsan.
Lagu Tema (OST):
Lagu bertajuk Ku Tetap Ada dinyanyikan oleh Tracie Sinidol bersama Jazmy Juma.
Sinopsis:
Kisah bermula dengan situasi mendebarkan apabila Aira berjaya melahirkan anak sulung mereka, Eirman. Namun, detik hampir kehilangan Aira ketika bersalin memberi kesan trauma mendalam kepada Eijaz.
Sejak itu, kehidupan mereka sebagai ibu bapa baharu tidak sunyi daripada cabaran. Eijaz menjadi terlalu melindungi, sementara Aira berusaha membuktikan keupayaannya mengurus keluarga mengikut caranya sendiri.
Perbezaan pandangan antara mereka sering mencetuskan konflik kecil, walaupun tetap diselitkan momen manis dan menghiburkan. Keadaan menjadi semakin tegang apabila kisah silam kembali menghantui, termasuk kemunculan individu yang pernah menyakiti kehidupan mereka sebelum ini.

Posting Komentar