Free Tonton Hantu Hantor Curi

 

Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Hantu Hantor Curi yang akan ditayangkan pada Rabu, 18 Mac 2026, jam 9.00 malam menerusi TV2 dan juga platform RTMKlik.

Hantu Hantor Curi
Waktu Siaran: Rabu, 18 Mac 2026, 9.00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Reyfah & Sophilea
Pengarah: Adam Hamid Jarnail
Produksi: Driftwood Studio Sdn Bhd
Pelakon: Shamsul Ghau Ghau, Reza Hasbi, Amy Nur Tinie, Fhairul Fizzy, Elji Enava, Naiem Anuar, Hilmi Azmin, Faruq Kamal, Aniq Hanip, Rosazli, Zuraidi Aminuddin

Sinopsis Hantu Hantor Curi
Telefilem ini mengisahkan Tok Nin, anak jati kampung yang suatu ketika dahulu sering bermain permainan tradisional “Hantor Curi” bersama rakan-rakannya, Bakar, Daud dan Hery ketika zaman muda mereka. Suatu hari, Qalar, anak kepada jirannya, membuat siaran langsung di media sosial dan meminta Tok Nin berkongsi cerita mengenai permainan tersebut. Tanpa disangka, rakaman itu menjadi tular di internet.

Tok Nin kini hidup bersendirian selepas isterinya, Tina, meninggal dunia sejak lama dahulu, manakala anaknya pula sudah bertahun-tahun tidak pulang menyambut hari raya di kampung. Dalam masa yang sama, kemunculan Bakar — sahabat lamanya yang sekian lama tidak pulang kerana bekerja di kapal pelayaran — berlaku secara misteri dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Posting Komentar