Saksikan Tonton Original Series terbaharu berjudul Anugerah Tanpa Cahaya, arahan Amor Rizan, yang mula ditayangkan di tonton bermula 16 Mac 2026. Siri ini akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa, menampilkan barisan pelakon seperti Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail.
Anugerah Tanpa Cahaya
Jumlah Episod: 10
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2026
Waktu Siaran: Isnin – Selasa, 12.00 tengah malam
Platform Penstriman: tonton
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Puteri Balqis sebagai Husna
Azhan Rani sebagai Bahar
Amyza Aznan sebagai Tijah
Zairi Aziz
Hafeez Mikail sebagai Zafran
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sedikit Waktu
Penyanyi: Imran Ajmain
Sinopsis Anugerah Tanpa Cahaya
Kisah ini berkisar tentang Bahar (Azhan Rani) dan Tijah (Amyza Aznan) yang mengambil seorang bayi yang ditemui di hadapan rumah mereka untuk dijadikan anak angkat. Bayi tersebut, Husna, dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Namun kebahagiaan itu mula tergugat apabila Tijah berasa tidak selesa melihat Bahar yang terlalu memanjakan Husna serta sentiasa menuruti kemahuannya.
Apabila meningkat remaja, Husna (Puteri Balqis) mula menunjukkan sikap memberontak. Dia kerap ponteng sekolah, berbohong dan mencuri, sambil menyimpan impian untuk menjalani kehidupan yang lebih mewah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Husna melarikan diri dari rumah dan terlibat dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki yang lebih tua dan mempunyai sisi kehidupan yang gelap. Pengaruh Zafran membuatkan Husna semakin jauh daripada keluarganya.
Dalam masa yang sama, Husna semakin menjarakkan diri daripada Bahar dan Tijah. Dia menolak asal-usulnya dan memilih untuk mengejar kemewahan serta cita-citanya sendiri. Namun keputusan yang diambil itu akhirnya membawa dirinya ke dalam pelbagai risiko, sekali gus menguji kekuatan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.

Posting Komentar