Saksikan telefilem Bunga Telur Bunga Rampai arahan Eoon Shuhaini yang akan ditayangkan pada 2 Syawal, jam 10 malam di TV1 serta boleh distrim melalui RTMKlik.
Maklumat Telefilem:
Bunga Telur Bunga Rampai akan bersiaran pada Ahad, 22 Mac 2026, pukul 10.00 malam menerusi TV1 dan platform RTMKlik. Naskhah ini ditulis oleh Azura Halid, diarahkan oleh Eoon Shuhaini, dan diterbitkan oleh Aster Pictures Sdn Bhd. Barisan pelakon termasuk Reen Rahim, Ng Hung Shen, Hafreez Adam, Zaidi Omar, Juita Johari, dan Muaz Fitri.
Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan Eda, seorang pembuat bunga telur yang masih belum menemui jodoh. Dia berasa kecewa apabila mengetahui bekas kekasihnya telah mendirikan rumah tangga. Namun, kehadiran Yap Poh Koi yang sedang mendalami Islam membawa sinar baharu dalam hidupnya, dan akhirnya lelaki itu melamar Eda, membuka lembaran kebahagiaan buat mereka.

Posting Komentar