Free Tonton Lemang Emak Rendang Ibu

 

Jangan ketinggalan menonton telefilem Lemang Emak Rendang Ibu lakonan Aidil Aziz dan Nad Zainal yang akan ditayangkan pada Sabtu, 21 Mac 2026, jam 9.30 malam di TV Okey serta boleh distrim melalui RTMKlik.

Maklumat Telefilem:
Lemang Emak Rendang Ibu akan bersiaran pada Sabtu, 21 Mac 2026, pukul 9.30 malam di TV Okey dan RTMKlik. Idea asal karya ini datang daripada Razlan Ismail, dengan skrip ditulis oleh Muzzamer Rahman. Telefilem ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Darkwhite Creative Solution bersama Dream At Work Sdn Bhd. Antara pelakon yang membintangi ialah Aidil Aziz, Nad Zainal, Khatijah Tan, Aida Khalida, Qisya Hairulzain, Hawra Jamalullail, Amanda Misbun, Kilafairy, Nazia Mustafar, dan Anas Ridzuan.

Sinopsis:
Kisah ini memaparkan kehidupan Hafiz, seorang jurutera, bersama isterinya Sabrina yang mengusahakan perniagaan kek dan pastri, serta dua anak mereka, Hanum dan Hawra. Kehidupan keluarga mereka mula diuji apabila kesibukan kerja dan perbezaan pendapat tentang tempat untuk beraya mencetuskan konflik.

Sikap ego masing-masing hampir menyebabkan mereka menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran keluarga tercinta. Namun begitu, tanpa pengetahuan mereka, Hanum dan Hawra merancang sesuatu yang akhirnya berjaya menyatukan kembali hubungan keluarga mereka.

Posting Komentar