Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Huru Hara Mentua Raya yang dibintangi Kamal Adli dan Isyariana pada Ahad, 22 Mac 2026, jam 9.30 malam di TV Okey serta boleh distrim melalui RTMKlik.
Maklumat Telefilem:
Huru Hara Mentua Raya akan bersiaran pada Ahad, 22 Mac 2026, pukul 9.30 malam menerusi TV Okey dan RTMKlik. Naskhah ini ditulis oleh Puovin bersama Tommy Loh, diarahkan oleh Feroz Kader, dan diterbitkan oleh Intisari Pictures Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat ialah Isyariana, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud, Hafidzuddin Fazil, Hanna Sophea, dan Mohamod Zawawi Zakaria.
Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan Emma, seorang doktor yang menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Zafran, walaupun mereka datang daripada latar belakang pendidikan yang berbeza. Namun, suasana menjadi tegang apabila ibu bapa mereka datang secara mengejut ketika musim perayaan.
Keadaan bertambah rumit apabila rahsia lama mula terbongkar, sekali gus menguji hubungan mereka dalam sebuah kisah komedi ringan yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar.

Posting Komentar