Free Tonton Mr Philophobia

Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem Mr Philophobia yang bakal ditayangkan pada Rabu, 18 Februari 2026, jam 9.30 malam menerusi saluran TV Okey serta platform RTMKlik.

Butiran Telefilem:

  • Judul: Mr Philophobia

  • Waktu Siaran: Rabu, 18 Februari 2026, 9.30 malam

  • Rangkaian: TV Okey / RTMKlik

  • Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh

  • Pengarah: Along Kamaludin

  • Produksi: Berjaya Film Production

Barisan Pelakon:

  • Aniq Durar sebagai Rykal

  • Nina Smith sebagai Crystal

  • Aleza Shadan sebagai Ibu Aina

  • Daler Yusof sebagai Hakimi

  • Zahreen Harris sebagai Johan

  • Sera Melissa sebagai Lana

Sinopsis
Kisah ini berpusat pada Rykal yang mencetuskan sensasi apabila bertindak meninggalkan majlis perkahwinannya pada saat akhir dengan alasan menghidap philophobia, iaitu ketakutan terhadap komitmen cinta. Tindakannya itu menjadi tular di media sosial dan secara tidak langsung menjadikannya seorang instafamous.

Namun, kehidupannya berubah apabila dia bertemu Crystal — seorang wanita yang dilihat mampu membantu mengatasi ketakutannya. Tanpa disedari, Crystal sebenarnya mempunyai niat tersendiri. Telefilem ini mengangkat tema tentang ketakutan, pengaruh populariti dan kejujuran cinta yang diuji dalam situasi luar jangka.

Posting Komentar