Saksikan drama bersiri Khianat Yang Terpilih yang bakal menghiasi slot Akasia di TV3 bermula 26 Februari 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6.58 petang. Drama 30 episod terbitan Mache All Star United Sdn Bhd ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan menampilkan barisan pelakon utama seperti Ben Amir, Amyra Rosli, Puteri Aishah dan Ikmal Amry.
Selain siaran di TV3, drama ini turut boleh distrim secara eksklusif di iQIYI sejam selepas tayangan televisyen, sama ada menerusi laman web rasmi atau aplikasi yang tersedia di Google Play dan App Store.
Maklumat Drama
Judul: Khianat Yang Terpilih
Jumlah Episod: 30
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6.58 petang
Saluran: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Senarai Watak & Pelakon
Ben Amir sebagai Ali
Puteri Aishah sebagai Asmida
Amyra Rosli sebagai Waheeda
Ikmal Amry sebagai Fahim
Falisha Naira sebagai Afeeya
Syefik sebagai Badri
Ryn Shahira sebagai Nadia
Balkisyh Semundur Khan
Amzar Airil sebagai Wazi
Ameerul Asyraf sebagai Izhar
Bieha Aris sebagai Fara
Zulkifli Ismail
Ainina Ahmad
Draman Muhamad sebagai Haji Zane
Fadilah Mansor sebagai Hajah June
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Khianati
Penyanyi: Iman Troye
Komposer & Lirik: Amir Firdaus & Ezra Kong
Tajuk: Sayang Orang Sama
Penyanyi: Adira Suhaimi
Sinopsis
Kisah bermula dengan cinta pertama Ali dan Asmida yang terlerai sejak zaman universiti, kembali bertemu tanpa dirancang setelah masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Ali kini bergelar suami kepada Waheeda dan bapa kepada seorang anak istimewa, Afeeya. Sementara itu, Asmida menjalani perkahwinan hambar bersama Fahim yang menyayanginya sepenuh hati.
Pertemuan mereka kembali tercetus apabila Ali mengambil tanggungjawab menjaga Afeeya dan mendaftarkannya di sekolah tempat Asmida mengajar. Hubungan yang pada awalnya disulami rasa simpati dan kenangan lama, akhirnya bertukar menjadi keterikatan terlarang walaupun kedua-duanya masih berumah tangga.
Apabila rahsia terbongkar, kepercayaan Waheeda musnah manakala Fahim terluka dengan pengkhianatan yang tidak disangka. Konflik yang memuncak meruntuhkan dua perkahwinan dan memaksa Asmida berdepan kehilangan besar yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya.

Posting Komentar