Free Tonton Kerana Cinta Itu Dusta Full Episod

 

Saksikan drama bersiri Kerana Cinta Itu Dusta yang mula menemui penonton pada 25 Februari 2026. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Ia diterajui oleh barisan pelakon seperti Jazmy Juma, Emma Maembong, Azira Shafinaz dan Nazrief Nazri.

Maklumat Drama

  • Judul: Kerana Cinta Itu Dusta

  • Jumlah Episod: 30

  • Tarikh Tayangan: 25 Februari 2026

  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 10.00 malam

  • Saluran: Samarinda TV3 / Tonton

  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis & Kotak Cerita

  • Pengarah: Nur Ain Sharif

  • Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Senarai Watak & Pelakon

  • Jazmy Juma sebagai Sufian

  • Emma Maembong sebagai Orked

  • Azira Shafinaz sebagai Seri

  • Nazrief Nazri sebagai Mikael

  • Raja Azmi sebagai Mak Lela

  • Adrea Abdullah sebagai Zaleha

  • Riz Amin sebagai Arman

  • Shania Hendrik sebagai Lisa

  • Ayu Azlina sebagai Puan Anira

  • Ayden Jasreen sebagai Saif

  • Dahlya Nurdelisya sebagai Putri

  • Aida Rain sebagai Syakira

  • Mejelyna sebagai Ain

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Idlya

    • Penyanyi: Misha Omar

    • Komposer & Lirik: Melly Goeslow

Sinopsis

Drama ini mengangkat kisah Orked dan Sufian, pasangan suami isteri yang bermula dengan perniagaan kecil dari rumah sebelum melonjak menjadi pempengaruh terkenal. Kejayaan mereka banyak didorong oleh kebijaksanaan Orked dalam mengurus strategi dan perniagaan, sementara Sufian setia memberikan sokongan dari belakang tabir. Namun apabila Orked semakin dikenali dan berpengaruh, Sufian mula merasakan dirinya terpinggir dan tenggelam di bawah bayang-bayang isterinya.

Perasaan tercabar dan ego yang terguris mendorong Sufian membuat pilihan yang sedikit demi sedikit meruntuhkan kepercayaan dalam rumah tangga mereka. Kehadiran Seri, sahabat baik Orked, pula mengubah keseimbangan yang sebelum ini kelihatan kukuh. Lebih memilukan, Seri ialah insan yang pernah dibantu Orked keluar daripada perkahwinan yang memeritkan dan diberi peluang memulakan hidup baharu.

Apabila batas perhubungan semakin kabur dan rahsia mula terbongkar, nilai kesetiaan serta kepercayaan diuji hebat. Hubungan yang dibina atas dasar saling melindungi kian rapuh. Saat kebenaran menghampiri, bukan sahaja perkahwinan berada di ambang kehancuran, malah persahabatan turut terancam, memaksa Orked membuat pilihan sukar antara mempertahankan harga diri atau terus bertahan demi kedamaian yang semakin goyah.

Full Episod

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12

Episod 13

Episod 14

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Episod 22

Episod 23

Episod 24

Episod 25

Episod 26

Episod 27

Episod 28

Episod 29

Episod 30

Posting Komentar