Free Tonton Mr Perfect Ramadan Full Episod

 

Saksikan Mr. Perfect Ramadan, sebuah drama bersiri mikro bergenre komedi romantik yang mula ditayangkan pada 19 Februari 2026. Ia disiarkan setiap hari pada jam 12.00 tengah hari secara eksklusif menerusi TikTok (Drama Sangat) dan juga di platform penstriman Tonton.

Maklumat Drama

  • Judul: Mr. Perfect Ramadan

  • Tarikh Tayangan: 19 Februari 2026

  • Waktu Siaran: Setiap hari, 12.00 tengah hari

  • Rangkaian: TikTok Drama Sangat / Tonton

  • Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani

  • Pengarah: Khalid Nadzri

  • Produksi: OIrangetree Production Sdn Bhd

Senarai Watak & Pelakon

  • Muaz Zabir sebagai Syafiq

  • Ariana Yusof sebagai Laura

  • Sabri Yunus sebagai Tokwan

  • Amyza Aznan sebagai Che Yam

  • Raden Zaharatul sebagai Emy

  • Hazim Osman sebagai Mizi

  • Ziyad Imran sebagai Aris

  • Amanda Tan sebagai Jojo

  • Madina Wafa sebagai Aina

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Syafiq, pemuda bandar berusia 25 tahun yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Australia demi mengikuti jejak rakan-rakannya. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, Anisah dan Talib, dia telah pun memperoleh surat tawaran universiti luar negara. Namun, impiannya mendapat tentangan hebat kerana ibu bapanya bimbang dia mudah terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Sebagai kompromi, Anisah mengenakan syarat yang dirasakan sukar oleh Syafiq — dia perlu menetap di kampung sepanjang 30 hari Ramadan untuk menjaga datuknya, Tokwan, yang tinggal sendirian. Syarat ini menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Sejak tiba di kampung, Syafiq berdepan pelbagai cabaran, termasuk insiden tayar pancit yang menemukan dia dengan Laura, gadis kampung yang ceria, berani dan gemar menyakat egonya. Pertemuan penuh sindiran itu menjadi permulaan hubungan “benci tapi cinta”, dengan setiap pertemuan mereka dihiasi pertelingkahan kecil yang menghiburkan.

Pada awalnya, Syafiq sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung — daripada bersahur ala kadar, berbuka puasa di masjid hingga menunaikan solat tarawih berjemaah. Namun, kebijaksanaan Tokwan yang tegas tetapi penyayang perlahan-lahan membuka mata dan melembutkan hatinya tentang nilai kehidupan serta agama.

Hubungan Syafiq dan Laura semakin rapat apabila Syafiq mula menyedari ketabahan dan kebaikan hati Laura yang rajin membantu orang kampung serta taat beribadah. Momen-momen manis tercipta, daripada belajar menggergaji buluh dan menganyam ketupat hinggalah pemberian langsir dan cadar raya yang secara tidak langsung membangkitkan rasa cinta terpendam.

Namun, konflik kembali memuncak apabila rakan-rakan Syafiq dari Kuala Lumpur muncul untuk memujuknya pulang, termasuk Emy yang menaruh hati kepadanya, sekali gus menimbulkan rasa cemburu dalam diri Laura. Dalam dilema antara cita-cita lama dan kebahagiaan yang baru ditemui, Syafiq harus membuat pilihan besar.

Mampukah dia meninggalkan impian ke luar negara demi kehidupan yang lebih damai di tanah air bersama insan tersayang? Atau adakah cinta yang hadir di bulan Ramadan cukup kuat untuk mengubah haluan hidupnya?

Posting Komentar