Free Tonton Bayu Cinta

 

Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Bayu Cinta yang bakal bersiaran pada Rabu, 25 Februari 2026, jam 9.00 malam menerusi TV2 dan juga platform penstriman RTMKlik.

Maklumat Telefilem

  • Judul: Bayu Cinta

  • Tarikh & Waktu Siaran: Rabu, 25 Februari 2026, 9.00 malam

  • Saluran: TV2 / RTMKlik

  • Pengarah: Mohamed Nor Bin Bujang

  • Produksi: MNN Entertainment Sdn Bhd

  • Pelakon: Husna Mustaffa, Shahz Jaszle, Raja Afiq, Aida Khalida, Soffwany Yusoff

Sinopsis

Mengisahkan Rayyan yang patah hati apabila tunangnya, Nisa, membatalkan pertunangan mereka pada saat akhir. Demi merawat kekecewaan, Rayyan memilih untuk bercuti ke Pulau Pangkor bagi menenangkan jiwa.

Di sana, dia bertemu dengan Gee, anak kepada Pak Hamid yang memiliki chalet tempat Rayyan menginap. Pada pertemuan awal, hubungan mereka sering diselubungi rasa tidak sehaluan dan pertengkaran kecil. Namun, rentetan peristiwa yang tidak dijangka akhirnya merapatkan mereka, lalu menumbuhkan bibit cinta tanpa disedari.

Posting Komentar