Saksikan drama khas sempena Ramadan berjudul Luka Dalam Rindu yang akan mula ditayangkan pada 21 Februari 2026. Drama lapan episod ini bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.00 petang di TV AlHijrah serta boleh distrim menerusi aplikasi AlHijrah Plus.
Butiran Drama:
Judul: Luka Dalam Rindu
Jumlah Episod: 8
Tarikh Tayangan: 21 Februari 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, 6.00 petang
Rangkaian: TV AlHijrah (Saluran 114)
Penulis Skrip: K. Adlie
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Barisan Pelakon:
Aqasha sebagai Hisyam
Hanna Faresha sebagai Suci
Harun Hashim sebagai Zamarul
Ayu Azlina
Meor Mohd
Firman Uzair
Rafique Iskandar
Sinopsis
Kasih seorang ayah sentiasa utuh, meskipun dihimpit rasa sesal dan kerinduan yang tidak berpenghujung. Zamarul ialah seorang bapa tunggal yang membesarkan puterinya, Suci, dengan penuh cinta serta pengorbanan. Sikapnya yang tegas dalam mendidik sering mewujudkan jurang antara mereka, namun kasihnya terhadap Suci tidak pernah berkurang walau sedikit.
Kebahagiaan yang mereka kecapi bersama tiba-tiba bertukar menjadi kedukaan apabila satu tragedi berlaku dan merubah seluruh kehidupan mereka. Dibayangi rasa bersalah yang mendalam, Zamarul hanya menyimpan satu harapan — untuk memperoleh kemaafan daripada Suci sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Posting Komentar