Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem Fantasi Fiksi arahan Tam Suhaimi yang bakal ditayangkan pada 12 Februari 2026, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi aplikasi UTV. Naskhah ini diterbitkan oleh Imaginal Pictures dengan skrip dan arahan oleh Tam Suhaimi sendiri.
Butiran Telefilem:
Judul: Fantasi Fiksi
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2026
Waktu Siaran: 9.00 malam
Platform: UTV
Penulis Skrip: Tam Suhaimi
Pengarah: Tam Suhaimi
Produksi: Imaginal Pictures
Barisan Pelakon:
Liyana Jasmay sebagai Azalea
Sharifah Amani sebagai Maya
Iedil Dzuhrie sebagai Irfan
Sazzy Falak
Luqman Hafidz
Amy Mastura
Sherry Al Hadad
Eyka Farhana
Intan Ladyana
Shafi Tee
Fara Nadiah
Mustaqim Bahadon
Nora Danish
Sinopsis
Kisah ini berpusat pada Azalea, seorang novelis yang karyanya berjaya diadaptasi menjadi drama bersiri popular. Namun, dia berang apabila Maya, ketua kandungan di sebuah stesen televisyen, mengkritik skripnya sebagai klise dan mudah dijangka. Pertelingkahan antara mereka tercetus akibat perbezaan pandangan tersebut.
Segalanya berubah apabila Azalea tersedar di hospital dan mendapati dirinya terperangkap dalam “dimensi drama” seperti yang pernah ditulisnya. Dia yakin satu-satunya cara untuk kembali ke dunia nyata adalah dengan merebut Irfan daripada Maya. Namun, rancangannya tidak mudah kerana dalam dimensi itu, Azalea sebenarnya memegang peranan sebagai watak antagonis.

Posting Komentar