Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April 2026. Filem arahan Zahir Omar ini menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, dan Alicia Amin.
Maklumat Filem:
Mikael: Pemburu Dua Alam merupakan filem bergenre aksi dan thriller yang ditayangkan mulai 2 April 2026. Skripnya ditulis oleh June Tan dan diarahkan oleh Zahir Omar. Filem ini diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama Astro Shaw.
Barisan Pelakon:
Remy Ishak membawakan watak Mikael, diikuti Fabian Loo sebagai Sarjan Kok, Ahirine Ahirudin sebagai Khatijah, Norreen Iman sebagai Winston, Alicia Amin sebagai Aisyah, Megat Sharizal sebagai Penghulu Qabil, Anas Ridzuan sebagai Dr. Zaid, serta Amir Nafis sebagai Torsim.
Sinopsis:
Kisah ini mengikuti Mikael yang masih bergelut dengan trauma akibat kehilangan adik perempuannya. Dia kemudian ditugaskan untuk menyiasat satu kes pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dalam sebuah majlis perkahwinan di pekan kecil.
Dalam siasatannya, Mikael menemui petunjuk kepada satu ramalan mengerikan—Raja Jin sedang merancang untuk menguasai dunia manusia melalui kejatuhan tujuh pelindung. Dalam usaha mengejar masa, Mikael perlu menemukan sebuah artifak purba yang mampu menghalang kemaraan Raja Jin ke alam manusia.
Sepanjang misi tersebut, Mikael dibantu oleh sekumpulan individu yang tidak dijangka, termasuk Winston, seorang penjual ramuan sihir hitam yang eksentrik; Sarjan Kok, anggota polis muda yang agak kekok tetapi bercita-cita tinggi; serta Aisyah, seorang pencuri artifak ghaib yang licik.

Posting Komentar