Free Tonton Drama Cinta Ori Full Episod

 

Jangan ketinggalan menonton micro drama Cinta Ori yang dibintangi oleh Siti Khadijah Halim dan Ikmal Amry, mula distrim di platform Viu pada 1 April 2026. Episod baharu boleh ditonton setiap hari pada jam 12 tengah hari di Viu, manakala tontonan semula tersedia di TikTok Viu Malaysia sehari kemudian bermula jam 6 petang.

Maklumat Drama:
Cinta Ori mula ditayangkan pada 1 April 2026 dengan siaran harian pada jam 12 tengah hari menerusi Viu. Naskhah ini ditulis oleh Aina Atiqah, diarahkan oleh Faliq Sharif, dan diterbitkan oleh Creative Stew Sdn Bhd.

Barisan Watak:
Siti Khadijah Halim memegang watak Nadia, Ikmal Amry sebagai Aiman, dan Zuliana Ernie sebagai ibu kepada Nadia.

Lagu Tema (OST):
Lagu bertajuk Ori-Ori Cinta dinyanyikan oleh Madzy bersama Errick, dengan komposisi oleh Melzedex dan Nurman, manakala lirik ditulis oleh Errick dan Nurman.

Sinopsis:
Nadia yang tertekan dengan cabaran mencari pekerjaan serta kehidupan sebagai orang dewasa, secara tidak sengaja menjadi tular selepas meluahkan isi hatinya dalam siaran langsung sambil menikmati Mi Sedaap Ori-Ori Kari. Kejujuran yang ditonjolkan menerusi persona “Dap Dap Live” berjaya menarik perhatian ramai, sekali gus mempertemukannya kembali dengan Aiman, seorang cef yang berdisiplin yang kemudian menjadi rakan kreatif serta orang yang dicintainya.

Namun, apabila popularitinya semakin meningkat, Nadia mula kehilangan arah. Dia akhirnya perlu membuat pilihan sama ada terus mengejar perhatian ramai atau kekal setia kepada jati dirinya.

Posting Komentar