Jangan ketinggalan menyaksikan drama Cucu-Cucu Mak Tok yang akan ditayangkan setiap Isnin dan Selasa, jam 8.00 malam bermula 23 Mac 2026 di TV Okey serta boleh distrim melalui RTMKlik.
Maklumat Drama:
Cucu-Cucu Mak Tok mempunyai 13 episod dan mula bersiaran pada 23 Mac 2026. Drama ini ditayangkan setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8.00 malam menerusi TV Okey dan RTMKlik. Skrip ditulis oleh Ramlah Rashid, diarahkan oleh James Lo, dan diterbitkan oleh Broad Vision Solutions.
Barisan Pelakon:
Antara pelakon yang terlibat ialah Mak Wan, Kahar Jini, Tini Tyrani Adurahman, Fazira Shafinaz, Nesa Idrus, Asfareen Ahmad, dan Phoebe Nishi.
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan Mak Tok, seorang nenek yang tinggal bersendirian di Semenanjung Malaysia. Suatu hari, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Sarawak bagi melawat serta tinggal bersama anaknya, Zikri.
Zikri yang telah berkeluarga bersama isterinya, Dayang, dikurniakan empat orang anak perempuan. Mak Tok dikenali sebagai seorang yang tegas dalam soal adat dan agama, menyebabkan Zikri dan Dayang sering mengingatkan anak-anak mereka agar menjaga tingkah laku di hadapan nenek mereka.

Posting Komentar