Free Tonton Bagasi Raya

 

Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Bagasi Raya yang dibintangi Nadzmi Adhwa dan Trisha Oii pada Isnin, 23 Mac 2026, jam 9.30 malam di TV Okey serta boleh distrim melalui RTMKlik.

Maklumat Telefilem:
Bagasi Raya akan bersiaran pada Isnin, 23 Mac 2026, pukul 9.30 malam menerusi TV Okey dan RTMKlik. Skripnya ditulis oleh MF Kencana bersama Azal Ezreen, manakala arahan oleh Hasnul Hadi. Telefilem ini diterbitkan oleh Arwaa Production Sdn Bhd dan menampilkan pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Trisha Oii, Amyza Aznan, Kuna Mazalim, Syazwan Zulkifli, Mimie Ara, serta Wan Azr.

Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan Azal dan Shaza, dua jiran yang sering bertengkar setiap kali bertemu. Azal sedang bahagia menjalin hubungan dengan Suzanna, anak seorang Dato’, sementara Shaza pula tertekan dengan tuntutan keluarganya untuk membawa calon suami pulang pada 1 Syawal.

Sehari sebelum Hari Raya, mereka secara kebetulan terpaksa pulang ke kampung menaiki bas yang sama selepas kereta masing-masing rosak. Situasi menjadi semakin kelam-kabut apabila bagasi mereka tertukar secara tidak sengaja, sekali gus mencetuskan pelbagai konflik sepanjang perjalanan.

Posting Komentar