Free Tonton Seindah Kifarah

 

Saksikan telefilem Seindah Kifarah yang menampilkan lakonan Nad Zainal dan Shahz Jaszle, bakal ditayangkan pada Rabu, 11 Mac 2026 jam 9 malam di TV2 serta platform RTMKlik.

Seindah Kifarah
Waktu Siaran: Rabu, 11 Mac 2026, jam 9.00 malam
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Tommy Loh & Puovin
Pengarah: Adon Dagok
Produksi: Megaday Media Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Nad Zainal, Shahz Jaszle, Haidar Hasanudin, Rosnah Johari, Maymay Fung, Mili Supina, Ahmad Daiyan Yusuf

Sinopsis
Kisah ini mengisahkan Aulia yang berdepan pelbagai ujian hidup selepas perkahwinannya dengan Dani tidak direstui oleh ibu mentuanya. Keadaan menjadi semakin mencabar apabila anak mereka, Johan, disahkan menghidap autisme. Lebih menyedihkan, Dani menceraikan Aulia setelah dipengaruhi ibunya. Aulia kemudian pulang ke kampung dan tinggal bersama ibunya sambil membesarkan Johan. Namun dugaan terus menimpa apabila ibunya, yang menjadi tempat bergantung untuk menjaga Johan, meninggal dunia.

Posting Komentar