Free Tonton Malaikat Malam

 

Saksikan kemunculan filem Malaikat Malam, terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Mac 2026. Filem arahan pengarah baharu, Nazifdin Nasrudin ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Malaikat Malam
Genre: Jenayah / Romantik
Tarikh Tayangan: 26 Mac 2026
Penulis Skrip: Nazifdin Nasrudin
Pengarah: Nazifdin Nasrudin
Produksi: Viper Studios & Skop Productions

Barisan Pelakon

  • Syafiq Kyle sebagai Azam

  • Tracie Sinidol sebagai Ratna

  • Que Haidar sebagai Arash

  • Kodi Rasheed sebagai Jimmy

  • Amir Nafis sebagai Boy

  • Juzzthin sebagai Mat Jet

  • Akmal Asyraf sebagai Kutu

  • Riezman Khuzaimi

  • Cat Farish

  • Razib Salimin

Sinopsis
Filem ini berkisarkan tentang Azam, seorang pelumba jalanan yang menguruskan sebuah bengkel bersama rakan-rakannya. Kehidupannya semakin mencabar kerana perlu menjaga abangnya yang menghidap masalah kesihatan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Azam bertemu Ratna, seorang gadis buta yang melarikan diri dari rumah. Hubungan yang semakin rapat antara mereka akhirnya menimbulkan konflik dan menjejaskan persahabatan Azam dengan rakan-rakannya di bengkel.

Posting Komentar