Drama Sujud Terakhir Encik Norman bakal menemui penonton menerusi slot DramaVaganza, disiarkan setiap Rabu dan Khamis pada jam 9 malam di Astro Ria, serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, yang turut bertindak sebagai penulis skrip. Barisan pelakon utama diterajui oleh Sharifah Sakinah, Aidil Aziz dan Trisya Ooi, bersama pelakon-pelakon lain.
Maklumat Drama
Judul: Sujud Terakhir Encik Norman
Jumlah Episod: 28
Tarikh Tayangan: 4 Februari 2026
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9.00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Penerbit: Radius One Sdn Bhd
Senarai Pelakon & Watak
-
Sharifah Sakinah sebagai Emma
-
Aidil Aziz sebagai Encik Norman
-
Trisha Ooi sebagai Alisa
-
Rykarl Iskandar sebagai Umar
-
Zarra Shaff sebagai Umaira
-
Rasya Dean sebagai Aqish
-
Zalif Sidek sebagai Hakim
-
Ezu Hashim
-
Qazem Nor
Lagu Tema (OST)
-
Binasa – Amylea Azizan
-
Genasara – Amylea Azizan
Sinopsis
Emma Khairuddin, seorang usahawan wanita yang dinobatkan sebagai terbaik selama tiga tahun berturut-turut, berdepan tekanan rumah tangga apabila suaminya, Encik Norman, berusaha memujuknya untuk menunaikan ibadah umrah.
Namun, kehidupan Emma berubah sekelip mata apabila Norman terkorban dalam satu tragedi nahas kapal terbang bersama isteri rahsianya, Alisa, yang juga bekas pembantu peribadinya. Dihantui rasa dikhianati dan luka emosi yang mendalam, Emma terpaksa bangkit menghadapi realiti pahit serta memikul tanggungjawab membesarkan dua orang anak dalam keadaan penuh cabaran.

Posting Komentar