Viu Original memperkenalkan sebuah drama bersiri terbaharu berjudul Kelas Belakang, yang mengangkat kisah realistik pelajar-pelajar dari kelas tercorot yang sering dipinggirkan dan dipandang rendah. Drama terbitan Independent Pictures ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad, serta dibintangi barisan pelakon muda antaranya Amylia Aidura, Areef Amran, Zairi Aziz, Farihin Arnia, Faha Azhar dan Ryliana Azizan.
Kelas Belakang mula ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu bermula 8 Januari 2026, tepat jam 12 tengah hari, dengan episod baharu disiarkan setiap Khamis dan Jumaat.
Maklumat Drama
Judul: Kelas Belakang
Jumlah Episod: 12
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12.00 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Azhar Amirulhisyam & Syarul Akmal
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Syarul Akmal
Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
Penerbit: Independent Pictures
Senarai Pelakon & Watak
-
Amylia Aidura sebagai Nur Iman Kirana
-
Zairi Aziz sebagai Nik Anaqi
-
Areef Amran sebagai Fahmi Mirza
-
Farihin Arnia sebagai Johan Afiq
-
Faha Azhar sebagai Syed Abu Bakar (Arab)
-
Ryliana Azizan sebagai Siti Shafika
-
Arfie Shah sebagai Fang
-
Myra Afrina sebagai Hajar
-
Ellie Suriaty sebagai Pengetua
-
Zarynn Min sebagai Cikgu Rohaiza
-
Masta Dol sebagai Cikgu Fauzi
-
Azrul Zaidi sebagai Keifli
-
Ernita sebagai Maisara
-
Amira Rafik sebagai Melisa
-
Adib Shabil sebagai Shahdan
-
Arfeen Lestari sebagai Zain
Lagu Tema (OST)
Judul: Jatuh Bangun
Penyanyi / Komposer / Penulis Lirik: Farihin Arnia
Sinopsis
Kelas Belakang memfokuskan kisah pelajar Kelas 5 Fikir, yang sering dilabel sebagai kumpulan pelajar bermasalah dan tiada masa depan. Persepsi itu mula berubah apabila Iman Kirana, pelajar cemerlang sekolah, tampil secara sukarela untuk membimbing mereka. Tindakannya didorong oleh impian mengejar sebuah biasiswa berprestij, sekali gus membuka ruang kepada perubahan dan kebangkitan pelajar-pelajar yang selama ini dipinggirkan.

Posting Komentar