Drama bersiri Doa Yang Terlindung bakal menemui penonton menerusi slot Akasia TV3 bermula 7 Januari 2026, disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam. Naskhah terbitan Creative Skill Solution ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, dengan barisan pelakon utama terdiri daripada Fasha Sandha, Sharifah Rose, Nafiz Muaz dan Firdaus Karim. Episod terbaharu juga boleh distrim di iQIYI Malaysia, satu jam selepas siaran di TV3.
Maklumat Drama
-
Judul: Doa Yang Terlindung
-
Jumlah Episod: 28
-
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2026
-
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7.00 malam
-
Saluran: Akasia TV3 / iQIYI
-
Penulis Skrip: Nieza Nahar
-
Pengarah: Idora Abdul Rahman
-
Penerbit: Creative Skill Solution
Barisan Pelakon & Watak
-
Firdaus Karim sebagai Ustaz Irfan
-
Fasha Sandha sebagai Rabiyatul
-
Sharifah Rose sebagai Anisah
-
Nafiz Muaz sebagai Aiman
-
Ahmad Syafiq sebagai Shakir
-
Sharifah Husna sebagai Dr. Aisha
-
Natasya Mahyan sebagai Baiti
-
Mior Hashim Manap sebagai Tuan Haji Mohsin
-
Sharifah Shahora sebagai Faridah
-
Yaya Maembong sebagai Sari
-
Ridauddin Shafir sebagai Amri
-
Rohaya Maya sebagai Nek Pak
-
Zulaika Hafizar sebagai Eza
-
Stella Ardini sebagai Laila
-
Tika Nasir sebagai Rita
-
Intan Baidura Ishak sebagai Cik Tam
-
Nurhayati Tahir sebagai Sara Aizat
-
Daiyan Yussof sebagai Haikal
Lagu Tema (OST)
-
Beribu Tanda Tanya
-
Penyanyi: Syamel
-
Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim
-
Susunan Muzik: Reza Ramsey
-
-
Doa Yang Terlindung
-
Penyanyi: Ewal
-
Komposer & Lirik: Ihsan Neff
-
Sinopsis
Ustaz Irfan (Firdaus Karim) dikenali sebagai pendakwah berpengaruh dan figura agama popular di media sosial. Beliau dihormati sebagai tenaga pengajar utama di Baitul Khadijah, malah menjadi idola dalam kalangan pelajar wanita. Namun ketenangan hidupnya mula terganggu apabila Anisah (Sharifah Rose), seorang pelajar baharu yang lantang dan berbeza pendirian, melangkah masuk ke institusi tersebut atas desakan ibu bapanya, meskipun cita-citanya adalah untuk bergelar perunding fesyen Muslimah.
Kehadiran Anisah mencetuskan pelbagai reaksi, teguran serta konflik yang tidak diduga. Dia berhadapan tekanan daripada peraturan ketat Ustaz Irfan, pemantauan para pelajar senior, serta sikap masyarakat yang terlalu memuja imej dan reputasi institusi. Dalam suasana yang lebih mengutamakan persepsi berbanding kebenaran, Anisah terpaksa mempertahankan dirinya sambil berdepan fitnah dan kecaman.
Sokongan Aiman (Nafiz Muaz), tenaga pengajar baharu yang lebih terbuka dan memahami, menjadi sinar kecil buat Anisah di tengah kekusutan yang melanda. Namun setiap langkah mereka perlahan-lahan membongkar rahsia lama yang menguji keimanan, prinsip dan keberanian. Ketika Rabiyatul (Fasha Sandha) dan Tuan Haji Mohsin (Mior Hashim Manap) mula menyedari kepincangan sebenar di sebalik institusi yang disanjung tinggi, persoalannya tetap sama — adakah kebenaran akhirnya akan terdedah, atau terus terlindung?

Posting Komentar