Siri Tonton Original: Di Sebalik Jubah menampilkan lakonan Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz, bakal mula ditayangkan 22 Januari 2026. Drama ini bersiaran setiap Isnin dan Khamis, dan boleh distrim secara eksklusif menerusi tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
Maklumat Siri
-
Judul: Di Sebalik Jubah
-
Jumlah Episod: 8
-
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2026
-
Hari Siaran: Isnin & Khamis
-
Platform: Tonton
-
Penulis Skrip: Syed Fariz, Fairul Nizam Ablah, Anomalous Writers
-
Pengarah: Syed Fariz
-
Produksi: Anomalous Films
Barisan Pelakon & Watak
-
Daiyan Trisha sebagai Amina
-
Azira Shafinaz sebagai Layla
-
Nafiz Muaz sebagai Rashid
-
Ibad Yaala sebagai Farid
-
Nadia Aqilah sebagai Puan Talha
-
Baizura Kahar sebagai Hos
-
Susan Lankester sebagai Puan Aisyah
-
Azman Hassan sebagai Encik Amir
-
Leaism sebagai Wartawan Sofia
-
Nadiya Nisaa
-
Melissa Campbell
-
Sahronizam Noor
-
Sherie Merlis
-
Puteri Rayyana Rayqa
-
Douglas Wong
Lagu Tema (OST)
-
Sang Penipu — Daiyan Trisha
Sinopsis
Di Sebalik Jubah mengisahkan dua beradik pempengaruh Islamik, Layla dan Amina, yang meraih perhatian ramai menerusi imej berjubah serta sikap dermawan mereka. Populariti itu turut membawa kejayaan kepada Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya mengumpul sumbangan besar hasil kepercayaan masyarakat.
Namun, reputasi mereka mula tercalar apabila timbul dakwaan bahawa sebahagian dana yang dikutip tidak disalurkan kepada golongan yang sepatutnya, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi. Keraguan semakin memuncak apabila Rashid, seorang dermawan muda yang pada awalnya menyokong perjuangan mereka, mula mempersoalkan ketelusan projek kebajikan tersebut.
Dengan bantuannya, satu demi satu rahsia tersembunyi mula terbongkar, menguji kepercayaan orang ramai serta hubungan dua beradik itu sendiri apabila kebenaran tidak lagi dapat ditutup.

Posting Komentar