Putri & Phrince

 


Bersedia guys! Drama terbaru bertajuk Putri & Phrince bakal menemui penonton di platform Viu bermula 21 Ogos 2025. Drama 12 episod arahan Liyana Jasmay ni mengetengahkan gandingan fresh Nesa Idrus dan Badron Munirah sebagai hero & heroin utama.

🔥 Info Drama Putri & Phrince

  • Episod: 12

  • Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025

  • Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, jam 12 tengah hari

  • Platform: Viu

  • Skrip: Farah Bani, Faten Syamimie, Intan Suzana

  • Pengarah: Liyana Jasmay

  • Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd

🎭 Barisan Pelakon

  • Nesa Idrus sebagai Putri Jasmine Dzulkarnain

  • Badron Munirah sebagai Phrince

  • Fara Nadiah sebagai Erica Dato’ Harris

  • Khayrisyah Kemal sebagai Lola

  • Adriana Adnan sebagai Cik Aisha

  • Nik Rifaie sebagai Aidil

  • Farihi Narnia sebagai Hud

  • Marsha Biddulph sebagai Betty

  • Aaliyah Natasha sebagai Sophea

🎶 Lagu Tema

  • Tajuk: I Got Dat Wow

  • Penyanyi: Mkada

  • Komposer & Lirik: Roy Yarom

📖 Sinopsis

Cerita ni berpusat pada Putri Jasmine (Nesa Idrus), seorang pelajar biasa di sekolah elit Institut Kasturi. Dia selalu dibuli oleh pelajar popular, Erica Dato’ Harris (Fara Nadiah). Nak lawan balik, Putri cipta akaun rahsia di media sosial dengan nama @KarmaKween, tempat dia bongkar sisi gelap budak-budak elit sekolah tu.

Tapi, makin banyak rahsia dibongkar, makin besar risiko yang Putri kena tanggung. Populariti tiba-tiba tu mula jadi ancaman, lebih-lebih lagi bila muncul Aidil (Nik Rifaie), seorang pelajar berprinsip yang ada agenda tersendiri. Siapa sebenarnya kawan, siapa lawan?

Drama ni penuh dengan vibe misteri, konflik sekolah, friendship, betrayal dan sedikit sentuhan romance. Confirm buat korang tak sabar nak tunggu episod seterusnya!

Posting Komentar