Kalau korang peminat cerita yang ada sentuhan seni tradisi dan kisah sejarah, jangan lepaskan peluang menonton DENU. Filem ni membawa kita balik ke tahun 1955, zaman pra-merdeka, melalui dunia seni tradisi Mak Yong yang penuh warna.
Filem arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar ni menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sabri Yunus, Nad Zainal, dan Hairi Safwan. DENU bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Ogos 2025.
📌 Info Filem DENU
-
Genre: Drama
-
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025
-
Penulis Skrip: Nassarudin Ab Rasif
-
Pengarah: Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
-
Produksi: True Legacy Sdn Bhd
✨ Barisan Pelakon & Watak
-
Sabri Yunus sebagai Pok Yeh
-
Nad Zainal sebagai Asmah
-
Hairi Safwan sebagai Amiruddin
-
Iman Al Haixal sebagai Meli
-
Ima Aleyqa Asri sebagai Khatijah
-
Azman Hassan sebagai Pok Do
-
Shah Kimin sebagai Jali
-
Kamarulzaman Taib sebagai Datuk Nik
📖 Sinopsis
Cerita ni mengisahkan tentang Pok Yeh, seorang penggiat seni yang nak kekalkan keaslian Mak Yong. Tapi cabarannya datang bila Amiruddin muncul dengan idea nak sesuaikan Mak Yong dengan zaman moden. Dalam masa sama, Datuk Nik pula mengharapkan Mak Yong boleh jadi medium untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Konflik makin rumit bila Pok Yeh berkahwin dengan Asmah, tapi kemunculan Amiruddin dalam hidup mereka menimbulkan kekeliruan jiwa. Asmah sendiri mula tertarik dengan dunia Mak Yong, malah kehadiran Amiruddin banyak membantu dia menyerlah sebagai primadona.
Segala konflik dan perjuangan seni ni memuncak bila mereka buat persembahan di Kota Bharu. Hubungan antara Pok Yeh, Asmah, Amiruddin, dan Datuk Nik sarat dengan emosi – pengorbanan, cinta, cita-cita, serta luka jiwa. DENU menggambarkan betapa manisnya kejayaan, hebatnya seni, tapi juga pedihnya perjalanan untuk mencapainya.

Posting Komentar