Free Tonton Relung Rindu

 

Jangan lepaskan peluang menonton telefilem Relung Rindu arahan Dato Jurey Latiff Rosli yang akan ditayangkan pada Ahad, 22 Mac 2026, jam 10 malam di TV3 serta boleh distrim melalui platform tonton.

Maklumat Telefilem:
Relung Rindu akan bersiaran pada Ahad, 22 Mac 2026 sekitar jam 9.00 malam menerusi TV3 dan tonton. Skripnya ditulis oleh Noy Ibrahim, diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli, dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Antara pelakon yang membintangi ialah Qi Razali, Nabila Huda, Mikael Noah, Zalfa Zin, Ashraf Muslim, Rosnah Johari, dan Mubarak Majid.

Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan kehancuran sebuah keluarga yang dahulunya bahagia akibat ketagihan dadah. Hubungan suami isteri berakhir, manakala ikatan antara ayah dan anak turut terputus, meninggalkan kesan luka yang mendalam.

Naim terperangkap dalam bayang-bayang masa silam yang kelam serta penyesalan yang hadir terlalu lewat. Dalam masa yang sama, Sara terpaksa membuat pilihan sukar demi melindungi masa depan anak mereka. Di tengah kerinduan dan sisa harapan, mereka masing-masing berusaha mencari erti keampunan, reda, dan peluang untuk memulakan semula kehidupan.

Posting Komentar