Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem Musnah Itu Janji arahan Bade Hj Azmi yang ditayangkan secara eksklusif di aplikasi MYTV Mana Mana.
Maklumat Telefilem:
Musnah Itu Janji disiarkan pada Jumaat, 20 Mac 2026, jam 9.00 malam melalui platform penstriman MYTV Mana Mana. Idea asal karya ini diilhamkan oleh Nurlisa, dengan skrip ditulis oleh Shaza Talib. Telefilem ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd.
Watak Pelakon:
Ungku Ismail Aziz memegang watak Azhar, manakala Nad Zainal sebagai Rina atau Kak Ina. Turut membintangi ialah Harissa Adlynn Halim sebagai Maira dan Wan Nora Azlin sebagai Puan Khalsom.
Sinopsis:
Kisah ini mengisahkan kehidupan Maira dan Azhar yang kelihatan bahagia dan sempurna. Namun, segalanya berubah apabila kehadiran Kak Ina sebagai pengasuh anak mereka mula memberi kesan kepada hubungan tersebut.

Posting Komentar