Saksikan siri Viu Original berjudul Walid, kesinambungan daripada drama Bidaah, yang akan mula ditayangkan pada 26 Februari 2026 secara eksklusif di platform penstriman Viu. Naskhah hasil tulisan Erma Fatima ini diarahkan oleh Pali Yahya dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Aqasha, Datuk A. Tamimi Siregar serta pelakon dari Indonesia, Olla Ramlan.
Walid
Jumlah Episod: 12
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Hari Siaran: Khamis dan Jumaat
Platform: Viu
Penulis Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Pali Yahya
Terbitan: Rumah Karya Citra
Barisan Pelakon dan Watak
Faizal Hussein sebagai Walid
Aqasha sebagai Habiburrahman
Olla Ramlan sebagai Raras Kartika
Datuk A. Tamimi Siregar sebagai Ustaz Fateh
Marisa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
Ranea Ezreen sebagai Dewi
Riena Diana sebagai Baiduri
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
Fatiya Latiff sebagai Masyitah
Malia Baby sebagai Habibah
Putra Amaris sebagai Anton
Sinopsis Walid
Drama ini mengangkat kisah Walid (Faizal Hussein), bekas ketua ajaran Jihad Ummah yang pernah difatwakan sesat. Setelah meloloskan diri daripada buruan pihak berkuasa, dia bersembunyi di kawasan pergunungan dengan tekad untuk menghidupkan kembali pengaruhnya. Dalam usaha tersebut, Walid bertemu Habiburrahman (Aqasha), seorang pendakwah berwibawa yang menyimpan agenda tersendiri di sebalik tutur katanya yang memikat.
Hubungan yang pada awalnya tampak sehaluan akhirnya bertukar menjadi persaingan tersembunyi apabila kedua-duanya berebut pengaruh, kepercayaan dan kuasa dalam kalangan pengikut. Konflik ini turut melibatkan Ummi Hafizah (Marisa Yasmin), bekas isteri Walid yang mahu mengembalikan ajaran ke landasan sebenar, serta Ustaz Fateh (Datuk A. Tamimi Siregar), bekas guru Walid yang kembali dari Kaherah demi menyelamatkan anak didiknya yang semakin jauh tersasar.
Pertembungan mereka menyingkap batas tipis antara kesetiaan dan manipulasi, sebelum memuncak kepada konfrontasi penuh emosi yang menguji keinsafan, keegoan dan makna sebenar penebusan.

Posting Komentar