Andai rahsia silam yang selama ini disembunyikan akhirnya terdedah, sejauh manakah anda sanggup berkorban demi mempertahankan cinta dan maruah? Persoalan inilah yang menjadi tunjang kepada Amira Amir, filem drama sosial terbaharu terbitan Astro Shaw yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah menerusi Astro First bermula 26 Februari 2026.
Mengangkat tagline “Setiap Rahsia Ada Harganya”, filem ini diarahkan oleh Reen Emran dan menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Sophia Albarakbah, Fezrul Khan, Zarynn Min dan Kartina Aziz. Ababil pula berperanan sebagai guru lakonan, manakala skrip dihasilkan oleh Eenaz Mokhtar, Zuli Ismail dan Ctna Marzuki.
Selain Astro First, filem ini turut boleh distrim secara eksklusif di platform sooka bermula tarikh yang sama.
Maklumat Filem
Judul: Amira Amir
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Platform: Astro First / sooka
Cerita Asal: Norsalvina Alwee, Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina Ibrahim
Skrip: Eenaz Mokhtar, Zuli Ismail, Ctna Marzuki
Pengarah: Reen Emran
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd
Watak & Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Ziyad
Sophia Albarakbah sebagai Amira
Fezrul Khan
Kartina Aziz
Zarynn Min
Qaid Aqwa
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hati Yang Tak Terbalas
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Eenaz Mokhtar & Marsha Milan
Lirik: Eenaz Mokhtar, Marsha Milan, Reen Emran
Sinopsis
Filem ini berkisar tentang Ziyad, seorang lelaki yang mendirikan rumah tangga bersama Amira berlandaskan cinta pandang pertama. Perkahwinan yang diasaskan atas kepercayaan dan keyakinan itu mula goyah apabila satu rahsia besar berkaitan identiti Amira terbongkar.
Pendedahan tersebut bukan sahaja menggoncang hubungan mereka, malah merubah sepenuhnya kehidupan, prinsip serta pandangan Ziyad terhadap makna cinta dan kesetiaan dalam sebuah perkahwinan.

Posting Komentar