🎬 Oohooi...! Merdeka...!! arahan Khir Rahman bakal menceriakan hujung minggu anda pada 31 Ogos ini, jam 4.00 petang di saluran Okey dan juga RTMKlik.
📺 Maklumat Siaran
-
Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2025
-
Masa: 4:00 petang
-
Rangkaian: Okey / RTMKlik
-
Pengarah: Khir Rahman
-
Produksi: Purity International Sdn Bhd
-
Barisan Pelakon: Tapai Gegarlawak, Dottie, Amyza Aznan, Man Rajalawak, Loganathan, Dboy Hamdan, Nizam Rajalawak, Joey Daud
✨ Sinopsis Oohooi...! Merdeka...!!
Cerita ni mengisahkan kekecohan yang berlaku di Kampung Pandang Serong dan Kampung Hidung Terpacak bila masing-masing sibuk nak buat persiapan sambutan Hari Merdeka.Di Kampung Pandang Serong, Sidang Jored — ketua kampung yang penuh semangat — bersama pembantunya Dollah Canggih, kelam-kabut nak sambut kedatangan YB. Dari berlatih kompang sampai ke masalah pendengaran Dollah, semua jadi huru-hara. Lagi parah bila YB yang diraikan tu terjatuh dalam sungai masa nak naik ke jeti kampung!
Rupanya kedatangan YB adalah untuk umumkan pertandingan sempena Hari Merdeka 2025 antara Kampung Pandang Serong dan Kampung Hidung Terpacak: siapa yang paling kreatif hasilkan bendera Malaysia.
Bermulalah perbalahan antara Sidang Jored dan musuh tradisinya, Amat Kasan. Sidang Jored serahkan tugas besar tu pada Kak Besah, tukang jahit paling popular di kampung. Tapi Amat Kasan yang memang berdendam, takkan duduk diam – macam-macam cara dia cuba buat untuk sabotaj.
Tambah kecoh bila muncul Uncle Silau, pereka fesyen dari bandar yang nak buka balik kedai jahit arwah ayahnya. Kehadiran dia bukan saja buat penduduk kampung jadi serba salah, tapi juga buat Kak Besah rasa tercabar habis!
Nak tengok siapa menang pertandingan dan macam mana kekecohan kampung ni berakhir? Jangan lupa saksikan Oohooi...! Merdeka...!!

Posting Komentar